Wednesday 11 February 2015

Tuesday 10 February 2015

Supplement utk sembelit dan cara atasinya...

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  1. •   Kurang serat dalam diet.
  2. •   Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
  3. •   Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
  4. •   Penyalahgunaan julap.
  5. •   Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
  6. •   Kekurangan air.
  7. •   Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  8. •   Masalah dengan kolon dan rektum.
  9. •   Masalah dengan fungsi usus.



  • Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.
  • Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Ini termasuk juga kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ditakuti ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.
  • Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
  • Untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin, cubalah cara-cara ini untuk mecegahnya:
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.


- Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. Supplemen yang disarankan supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.
- Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:
(1) Tidur malam lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

Sebarang pertanyaan mengenai produk atau berminat hendak menempah, anda bolehlah menghubungi saya,


Monday 9 February 2015

Acute Sinusitis

HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening.

Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa sakit seperti ada sesuatu di dalamnya yang menekan tengkorak anda.

Anda berasa anda diserang demam selesema lalu mengambil ubat selesema biasa tetapi ia masih tidak mengurangkan kesengsaraan anda.

Akhirnya anda mengheret kaki ke klinik setelah berdepan dengan pening yang teruk dan selepas diperiksa, doktor menyatakan anda menghidap sinusitis (resdung).

Sampai manakah tahap kesedaran anda? Adakah selepas pening teruk baru merujuk pada pakar atau masih membiarkannya kerana menganggap ia hanyalah masalah biasa berpunca daripada cuaca yang tidak menentu?

Ya, sinusitis bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta keyakinan diri.

Bayangkan, bagaimana anda mahu menjadi produktif atau bersemangat jika sering bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda.

Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui saat-saat menyusahkan itu untuk tempoh lama.

“Selesema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan, berkemungkinan pesakit mempunyai masalah resdung (sinusitis).
“Ada sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis.
“Malah, ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya polip (ketumbuhan) di dalam hidung, menyukarkan pesakit untuk bernafas.
“Lagi teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal.
“Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman atau ada kes perlu melakukan pembedahan sinus,” ujarnya.

Apa itu sinusitis

Terang Dr. Mallina, orang ramai sering salah faham dengan istilah sinus. Semua orang mempunyai sinus iaitu rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dan masalah yang dihidapi dipanggil sinusitis.


  • Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta turut meliputi bahagian dahi seseorang.


“Ia berfungsi untuk meringankan tulang di samping memberi resonan pada vokal dan lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa disalirkan ke dalam hidung.
“Jangkitan sinusitis atau resdung berlaku apabila salur yang pengaliran lendir secara semula-jadi itu tersumbat lalu membengkak serta bernanah di dalamnya,” ujar Dr. Mallina.


  • Terangnya, pesakit akan merasa simptom seakan-akan selesema biasa tetapi dalam tempoh lama disertai dengan pelbagai simptom lain terutamanya pening dan sakit pada tulang di wajah iaitu di sekitar mata, pipi, atas gigi dan dahi.
  • Sinusitis dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik.


Punca Sinusitis (Resdung)


  • Pelbagai punca menyebabkan sinusitis. Punca yang paling kerap adalah selesema biasa berlanjutan yang tidak dirawat lalu menyebabkan jangkitan bakteria pada sinus.
  • Rinitis yang teruk, berulang dan tidak dirawat juga boleh menyebabkan sinusitis kerana alahan pada hidung akan mengganggu bahagian sinus.
  • Sinusitis turut boleh berlaku jika pesakit pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak.
  • Tulang rawan yang bengkok mungkin terkena pada bahagian sinus lalu menyebabkan jangkitan kuman.
  • Selain itu, apa saja yang mengganggu sistem penyaliran mukus dari sinus akan menyebabkan sinusitis.
  • Perubahan cuaca sejuk, alahan, masalah sistem imun seperti virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi juga boleh menjadi penyebab sinusitis.
  • Rawatan Alternatif Resdung
  • Sinusitis yang lebih dikenali sebagai resdung dalam kalangan orang tempatan sering dikaitkan dengan ‘ulat’ yang memakan muka.
  • Pelbagai cara alternatif yang dijalankan bagi mematikan ‘ulat resdung ‘ ini. Antara yang paling terkenal teknik berasap iaitu asap daripada kertas herba yang dibakar akan disalurkan pada seluruh muka.
  • Menurut Dr. Mallina, tidak ada masalah jika pesakit mahu berusaha melalui cara alternatif asalkan ia tidak memudaratkan.
  • Tetapi tegasnya, tiada teknik berasap yang digunakan dalam perubatan hospital dan dia juga tidak pernah menemui ulat di dalam rongga sinus.

“Apa yang paling hampir dengan teknik berasap tersebut adalah ubat wap mentol yang mampu melancarkan pernafasan tetapi ia hanya melegakan untuk sementara.
“Tiada masalah meneruskan rawatan alternatif asalkan tidak memudaratkan kerana saya percaya ia juga sebagai langkah psikologi untuk pesakit.
“Namun, saya syorkan pesakit juga mencuba rawatan dengan doktor kerana ia terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh pakar,” ujarnya.

  • Beliau turut menolak andaian yang jerawat berpunca daripada sinusitis (resdung) kerana jelasnya, jerawat merupakan jangkitan pada lapisan luar iaitu kulit manakala sinusitis berada di dalam.

Sumber: Utusan Online

Sunday 8 February 2015

about me and my Love

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum...lama tak jenguk dan membersihkan sawang dalam blog ni...Syukur masih di berikan kesihatan yang baik utk meneruskan hidup ni...

Setelah kedukaan dan keperitan berlalu dan segala kasih sayang serta kebahagiaan bermula, kesibukan melanda diri...Just nk share pasal kehidupan sekarang yang penuh dengan warna warni kebahagiaan dan kasih sayang...

Syukur sgt2 di berikan seorang hubby yang penyayang...banyak benda yang dahulunya saya tertinggal...sekarang baru saya dapat rasai kasih sayang yang sebenar dari seorang hubby...dia seorang yang penyayang, baik, setia, bertanggungjawab dan segala2 lah...seperti yang saya impikan 1 masa dahulu..
 11/12/2014 kami di ijabkabul kan..maka sahlah saya bergelar isteri kepada suami saya...


Semoga hari2 yang kami lalui akan di rahmati oleh Allah dan kami akan kekal sehingga Syurga...

bersama CINTA HATI kami...AHMAD ZHARIFF ZAFRAN...

Friday 6 February 2015

sharing is caring...KEIZINAN SUAMI

Shorte Note
Kuliah Ustaz Azhar Idrus - 08 November 2014 (Sabtu)
Masjid Qaryah, Balok, Kuantan

Malam ini bab bermalam dengan isteri tak wajib, tapi nafkah wajib.. kalau isteri derhaka pada suami dosa besar..kena azab akhirat nanti.. kalau orang perempuan benar-benar takut dia tak akan lawan suami..sebab apa dia lawan? sebab tiada iman, sebab tu iman penting..

Bila suami ajak ke sesuatu tempat dan isteri tak mahu ikut tanpa uzur syarie itu salah satu tanda isteri derhaka.. suami lebih besar daripada raja.. raja kata A suami kata B, maka kena ikut B, baru isteri solehah.. sebab suami tanggung dosa kamu..wajib kamu taat kepada suami, biar suami hodohpun..

Islam datang dengan peraturan.. kalau kamu tak mahu ikut Islam jangan nikah.. nak nikah kena taatlah kepada suami..ni kita tengok orang berlaki kita nak berlaki, lepas tu derhaka kepada suami..hei perempuan! jagalah auratmu..sebab suamimu tanggung dosa kamu..

Orang lelaki ni dia kalah kalau orang minta maaf, kalau isteri datang minta maaf dia jadi lembut.. nasihat tak jadi apa, baca al-quran tak jadi apa, beli buku bab seksa tak jadi apa..hendaklah kamu tinggal dari tidur dengannya.. Allah ajar macam tu.. kena minta maaf dulu baru boleh tidur bersama..kalau degil juga baru pukul..pukul bukan wajib, tapi sunat.. ada syarat..pertama, dia buat salah selepas kita nasihat.. kedua, tak boleh pukul kepala, muka, kemaluan.. ketiga, jangan sampai berdarah, jangan sampai cedera, pukul jangan kuat..

Kita masa raya baru anak datang minta maaf, kalau ayah zalim kpd anak kamu jawablah di akhirat..si ayah wajib kena minta maaf kepada anak jika ada buat salah..bukan minta kosong-kosong saja.

Orang perempuan ingat! kalau nak keluar rumah wajib minta izin.. "Bang, nak keluar kejap nak gi kedai.." kalau suami ada KL, wassap suami.. kalau ada jauh, call..kalau minta izin je tak jadi, kena suami beri izin dulu baru boleh keluar..kena suami kata.. "yerr".. "boleh.." "okey.." "fine..".. baru boleh isteri keluar..

Kalau isteri keluar juga tanpa izin suami, isteri tu kena laknat oleh malaikat dari keluar rumah sampai dia balik semula ke rumah.. sama juga isu dengan masuk rumah orang.. jawab salam bukan makna boleh masuk..kena tuan rumah izin dulu, baru boleh masuk..

Jika suami datang nak pegang tangan isteri, lepas tu isteri tepis.. ini derhaka namanya.. ini bukan hal ada mood atau tak ada mood..jangan main-main orang perempuan, dia ada 1001 pe'el (perangai).. tapi tu lah..suami kena banyak sabar..

Orang perempuan, yang besar sekali selepas Allah dan rasul ialah suami yang perlu dia taat.. lepas tu baru raja..sebab tu suami ni besar.. kalau suami panggil "yaaangg...sini jap! kalau tengah mesin nyior (parut kelapa) kena lempar (buang) mesin nyior gi kat suami.. sebab suami ni KING OF THE KING!

*Macam bukan UAI tapi UAI sebenarnya..admin taip balik dalam bahasa yang standard.. share share lah kepada suami-suami, isteri-isteri dan bakal suami atau bakal isteri...moga bermanfaat untuk semua.. InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...