Thursday 30 October 2014

Slimming Set for Breast Feeding Mother

❀❀LEPAS BERSALIN BADAN MACAM TONG DRUM?GELEBER SANA SINI?KULIT KUSAM?

"Suami kata badan saya dulu macam Model tp skrg dah macam Tong Drum"

Jangan risau, Set Slim Shaklee boleh tolong anda untuk turunkan berat badan anda. Bukan setakat boleh TURUNKAN BERAT BADAN, tapi kulit jadi CANTIK, payudara boleh TEGANG, Miss 'V' KETAT, susu badan jadi PEKAT & BANYAK & banyak lagi kebaikkannya! Suami confirm tak pandang lain.

Testimoni customer saya yang ambil set ni selama sebulan:

"Saya mula ambil set ni selepas pantang bila suami tegur sy x cun lg. Saya memang ikut tips-tips yang Pn Nurul bagi tu. Saya perasan sepanjang saya amalkan set ni saya kurang makan dan cepat kenyang. Masa saya bawak anak g cucuk saya timbang di klinik terkejut berat dah turun 5 kg"

Setiap Set Slim Shaklee mengandungi:

ESP (Energizing Soy Protein)
[✔] Meningkatkan METABOLISMA badan
[✔] Membantu badan MEMBAKAR LEMAK
[✔] Mengawal SELERA MAKAN
[✔] Membina OTOT & mengelakkan kulit MENGGELEBER
[✔] Memberi badan TENAGA & tak cepat LAPAR (Bagus minum masa bulan puasa)

ALFALFA
♛ Mengandungi "galactogogue" yang membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
♛ supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
♛ memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim
♛ membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan
♛ Mengelakkan baby dari kembung perut

LECITHIN
❣ Mencair & membakar LEMAK
❣ Menurunkan kadar KOLESTEROL
❣ Membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras
❣ Memecahkan lemak
❣ Peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan
❣ Membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
❣ Membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria
❣ Menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
❣ Memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

KELEBIHAN Set Slim Shaklee ini:
1) 100% bahan semulajadi!
2) Harga yang sangat berpatutan!
3) Tak perlu PANTANG NASI
4) Sesuai untuk ibu menyusu, yang belum kahwin dan juga lelaki
Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Slim Shaklee, boleh:

===================================================================

✿ PM sekarang
http://www.facebook.com/messages/LoveHealthWellness
* Whatsapp : 0103795395
====================================================================

Saya akan cuba menolong anda untuk mendapatkan berat idaman anda!  



Wednesday 29 October 2014

VITAMIN UNTUK KOLESTEROL PHYTOCOL S-T

Ramai antara kita tidak ambil berat tentang apa yang kita makan sehari-hari. Terutamanya makanan yang melibatkan kandungan kolestrol. Ramai yang suka makan ikut selera tapi tidak ambil tahu khasiat dan kesan dari apa yang di makan setiap hari. Makanan yang tinggi Kolestrol sangat mendatangkan bahaya kepada badan kita.

Makan itu satu sunnah tapi ia akan memberi kesan yang tidak elok jika kita makan berlebihan dan banyak penyakit adalah berpunca dari perut iaitu apa yg kita makanan.

Kita harus tahu bahawa untuk badan normal kita hanya perlukan 300mg kolestrol setiap hari dan bagi mereka yang ada penyakit jantung hanya perlukan 200mg kolestrol setiap hari.cuba kita semak jumlah kolestrol dalam makanan kita seharian.

kandungan kolestrol dalam makanan

gambar di atas menunjukkan kandungan koletsrol mengikut setiap 1 hidangan makanan kita ambil contoh 1 hidangan nasi lemak mengandungi 213mg kolestrol sedangkan badan kita hanya perlukan 300mg sehari sudah tentu kita bukan hanya makan nasi lemak sahaja untuk satu hari, mungkin nasi lemak hanya untuk sarapan, tengahhari kita makan tomyam seafood katakan mengandungi 353mg kolestrol so total untuk satu hari sudah 566mg, ia sudah melebihi keperluan kolestrol harian kita banyakkan setiap hari kita mengamalkan gaya makan seperti ini apa akan jadi pada tubuh kita lagi-lagi kalau kita aktif bersukan dan tidak melakukan sebarang aktiviti bagi membakar semua kolestrol yang kita ambil.

Tahukah kita risiko yang bakal kita hadapi jika kita berterusan begitu, Ini antara risiko-risiko yang bakal kita hadapi

1. Serangan jantung,banyak terjadi secara tiba-tiba

2. Angin Ahmar yang boleh menyebabkan strok


3. Tekanan darah tinggi

4. Penyakit Hati


5. Menganggu Masalah kesuburan


Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak elak dan risiko-risiko di atas kita hendaklah menjaga pemakanan kita dan hidup dengan gaya sihat, dan jika kita telah terjebat selama ini dengan gaya pemakanan yang tidak sihat masih belum terlambat untuk kita berusaha dan sekarang banyak produk yang ditawarkan untuk menurunkan kolestrol dan mai sangat syorkan produk terbaru yang dikeluarkan oleh shaklee khas untuk masalah kolestrol iaitu PHYTOCOL-ST.


vitamin untuk kolestrol

kini anda boleh dapatkan produk shaklee dengan mudah hanya klik ikon di bawah

Click sini utk order..





Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Tuesday 28 October 2014

Tips Penjagaan Kanak-kanak Yang Lelah

Tips Penjagaan Kanak-kanak Yang Lelah

Adakah anak anda menghidapi lelah atau asma ?

Jika jawapan anda adalah ‘ya’, artikel ringkas  ini  mungkin dapat membantu usaha anda dalam mengurangkan serangan lelah  (acute asthmatic attacks)  anak anak anda serta meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Pemantauan berterusan


Adakah anak anda sering diberikan ubat untuk melegakan batuk dan pernafasan laju, samada dalam bentuk ‘nebulizer’ atau sirap? Kemungkinan besar doktor juga telah memulakan ubat ‘pencegahan’. Adalah penting untuk diketahui bahawa kanak-kanak yang telah disahkan menghidapi asma perlu mendapat pemantauan berterusan daripada doktor. Bukan hanya dibawa berjumpa doktor apabila sedang ‘semput’. Ini kerana simptom simptom asma perlu dipantau untuk memastikan ia dikawal dengan baik dan sekiranya tidak, rawatan seterusnya dapat diberikan. Walaupun lazimnya asma dalam kanak – kanak akan semakin ‘pulih’ dengan peningkatan usia, dikhuatiri asma yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kerosakan pada paru paru serta meningkatkan risiko untuk mendapat serangan asma yang serius. Serangan asma yang serius boleh membahayakan nyawa.

Penggunaan ubat yang betul dengan cara yang betul

Rawatan bagi asma lazimnya terbahagi kepada ubat ‘pelega’ yang digunakan apabila perlu dan ubat ‘pencegah’ yang perlu digunakan setiap hari. Ada sesetengah kanak-kanak yang hanya memerlukan ubat ‘pelega’ tetapi ada juga yang memerlukan ubat ‘pencegah’. Ini bergantung kepada evaluasi klinikal yang dibuat oleh doktor yang merawat. Apa yang penting adalah untuk memastikan ubat diberikan seperti yang disyorkan dan juga dengan cara yang betul. Sebagai contoh, kanak – kanak berusia 8 tahun ke bawah selalunya memerlukan ‘corong’ untuk menggunakan ubat asma yang berbentuk ‘metered dose inhaler’ atau MDI bagi memastikan mereka menerima ubat secara optimum.

‘Corong’ tersebut  perlu dijaga dengan baik serta mengikut tatacara yang dinasihatkan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Tanpa teknik penggunaan ubat yang betul, rawatan asma tidak akan berjaya walaupun diberikan pada kekerapan yang yang dinasihatkan. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak memberhentikan sendiri  ubat apabila anak kelihatan ‘sihat’ sehingga dinasihatkan oleh doktor. Berbincanglah secara terbuka dengan doktor yang merawat sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang rawatan yang diberikan.

Penjagaan keaadan sekeliling

Sesetengah penghidap asma  sangat sensitif dengan keadaan sekeliling mereka. Antara perkara- perkara yang boleh menyebabkan serangan asma termasuk asap rokok, habuk, cat serta bulu-bulu binatang peliharaan seperti anjing, kuching dan lain lain. Mengambil langkah langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan pendedahan mereka kepada faktor faktor tersebut adalah penting untuk mengelakkan serangan asma.

Meningkatkan aktiviti fizikal

Ramai di antara kita yang menyangka mereka yang menghidap asma tidak boleh aktif seperti kanak- kanak lain. Akibatnya, aktiviti fizikal anak – anak ini dihadkan seperti tidak membenarkan mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani di sekolah. Ini adalah satu fahaman yang tidak tepat.

Objektif rawatan adalah untuk memastikan kanak kanak tersebut dapat bermain dan aktif seperti biasa. Ibu bapa digalakkan berbincang dengan doktor tentang aspek ini kerana terdapat langkah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan serangan asma akibat aktiviti fizikal yang berlebihan.

Diari Asma

Ibu bapa disyorkan menyimpan ‘diari asma’ yang digunakan untuk mencatit simptom simptom lelah seperti yang diterangkan oleh doktor yang merawat. Diari asma dapat membantu doktor menilai tahap kawalan asma setelah sesuatu pelan rawatan dimulakan. Bawalah diairi ini setiap kali temujanji  anda dengan doktor.

Pelan tindakan asthma  – ‘Asthma action plan ‘

Pelan tindakan ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa menegenai apa yang perlu dilakukan sekiranya anak tidak sihat. Tujuan pelan tindakan ini adalah untuk mengelakkan kelewatan memberi rawatan apabila anak mendapat serangan asma. Ini kerana rawatan awal yang bermula sebelum anak anak sampai ke klinik atau hospital boleh menyelamatkan nyawa.


Set Shaklee utk si Manja...

Monday 27 October 2014

TIPS TIDUR YANG SIHAT

9 tips mendapatkan tidur yang sihat.

Ramai diantara kita kadang-kala mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. tidur yang terganggu dan tidak mencukupi dapat menggugat sistem tubuh badan dan seterusnya memberi kesan terhadap kesihatan badan.

Bagi membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak dan mencukupi, di bawah ini terdapat 9 tips yang boleh anda amalkan bagi mendapatkan tidur yang sihat.  

9 tips mendapatkan tidur yang sihat



1. Tidur pada waktu yang tetap

  • Cuba untuk tidur dan bangun dari tidur pada waktu yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Tidur pada waktu yang sama dapat mengukuhkan kitaran waktu tidur dalam jam biologi (biological clock) badan anda. Hal ini juga dapat membantu anda untuk lena dengan lebih cepat setiap kali anda tidur.

2. Buat sesuatu yang menenangkan

  • Jika anda tidak boleh lena wlaupun selepas 15 minit anda cuba untuk tidur, cuba bangun dan buat sesuatu yang menenangkan. Kemudian, tidur semua selepas anda rasa mengantuk. Jika tidak, ianya akan menjadi lebih susah untuk anda lena. 

  3. Jaga pemakananan

  • Jangan tidur sekiranya anda lapar atau terlalu kenyang. Keadaan yang tidak selesa ini boleh membuatkan ianya lebih sukar untuk anda lena. Selain itu, limitkan minuman yang anda ambil sebelum tidur, bagi mengelakkan tidur anda terganggu dengan rasa nak terkencing.


  • Elakkan merokok (seeloknya berhenti) dan minum minuman berkafein pada waktu malam. Kesan keffein dalam kopi dan nicotin dalam rokok boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam.

4. Lakukan rutin sebelum tidur

  • Lakukan sesuatu yang sama sebelum tidur pada setiap malam. Hal ini bagi memberitahu badan anda bahawa masa untuk tidur sudah tiba setiap kali anda melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mandi air suam, membaca buku, atau mendengar lagu yang menenangkan, dilakukan dengan lampu yang malap.

5. Selesakan diri

  • Jadikan suasana bilik tidur anda sebagai sebuah tempat yang ideal untuk tidur. Contohnya, suhu yang tidak panas, gelap, dan sunyi. Anda boleh gunakan alatan seperti pendingin hawa, (atau kipas), plug telinga, atau penutup mata bagi membantu mewujudkan suasana tidur yang ideal.


Selain itu, tidur yang baik juga bergantung kepada Tilam dan bantal anda. Walaupun definisi tilam yang sesuai untuk tidur adalah subjektif, pilih tilam dan bantal yang paling membuatkan anda selesa. Jika berkongsi katil, pastikan saiznya cukup untuk 2 orang.


6. Limitkan waktu tidur di siang hari

  • Tidur terlalu lama di siang hari boleh mengganggu waktu tidur di malam hari, terutamanya bila anda mengidapi penyakit insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu tidur sekejap pada waktu siang, limitkan waktu tidur tersebut dalam 10-30 minit pada waktu tengah hari.


Info tambahan : tidur sekejap pada waktu tengah hari adalah salah satu sunnah Nabi. Ianya dikenali sebagai Qailulah, dilakukan dengan niat supaya badan lebih segar untuk bangun ber-qiamuallail di malam hari

Dalam sesuatu kes dimana anda perlu bekerja sepanjang malam, barulah anda boleh tidur dengan waktu yang lama pada waktu siang. Semasa anda hendak tidur pada waktu siang, pastikan suasana tempat tidur anda ideal seperti yang telah disebutkan diatas.


7. Bersenam

  • Aktiviti fizikal pada waktu siang seperti bersenam dapat membantu anda tidur lena dengan lebih cepat dan lebih nyenyak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, jarakkan waktu bersenam dan waktu tidur anda.

8. Tanggani stress

  • Tidur anda akan terganggu sekiranya anda dalam keadaan tertekan. Tanggani stress anda dengan cara yang sihat seperti menyusun jadual, menetapkan priority dan membahagi tugasan anda. Rehat dengan secukupnya, dan bergaul dengan sahabat handai. Jika anda terfikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, jangan bebankan waktu tidur anda dengan memikirkan perkara tersebut. Tuliskan perkara tersebut untuk mengingatkan anda pada esok hari.



9. Dapatkan nasihat doctor

  • Kadang-kala, ianya normal jika anda mengalamai gangguan semasa tidur. Akan tetapi, jika anda kerap mengalami kesukaran mendapatkan waktu tidur yang cukup, sila dapatkan nasihat doctor atau pegawai kesihatan berdekatan anda. Doktor boleh mengenal pasti dan merawat punca gangguan tidur anda jika ianya berkait dengan masalah kesihatan.



*untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lebih kepastian, sila rujuk doktor atau pegawai kesihatan berdekatan anda

Sunday 26 October 2014

MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

10 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Bilangan sperma (Sperm Count) merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari  bilangan sperma yang kurang dari tahap normal. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, (World Health Organization, WHO) bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.



Antara factor lain selain bilangan sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (Keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.

Factor penyumbang kekurangan bilangan sperma

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti factor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Antaranya :    

1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3.  Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesity
8. Faktor medical seperti ‘varicocele’, keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidak seimbangan homon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

10 jenis makanan yang boleh meningkatkan bilangan sperma

Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. buah pisang


  • Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).
  • Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.  

2. coklat (Dark chocolate)


  • Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

  • Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

  • L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.


3. bawang putih


  • Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.


4. buah delima


  • Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
  • Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
  • Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.


5. daging (merah)


  • Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.
  • Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.


6.  kacang Walnut


  • Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain. 


7. bayam


  • Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya. 


8.  salad buah


  • Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan. 


9. telur


  • Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.


  • Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.   


10. air kosong


  • Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari. 


*Daftar kata :
Ereksi = keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.
Ejakulasi = pancutan air mani pada saat puncak seksual lelaki.


sebarang persoalan tambahan dan maklumat lanjut mengenai produk kesihatan, produk kesuburan, dan sebagainya, sila rujuk kepada ahli farmasi berdekatan anda.

Saturday 25 October 2014

PUNCA DAN PENYEBAB MASALAH KESUBURAN LELAKI

Bismillahirrahmanirrahim...Asslamualaikum...Entry saya harini berkisar tentang masalah kesuburan suami....

Setelah sekian lama melayari bahtera kehidupan berumahtangga terdetik dalam sanubari teringin untuk menimang cahayamata sebagai penyeri kehidupan. Tetapi setelah tahun demi tahun, masih lagi belum mendapat rezeki. Mulalah mencari dimanakah silapnya. Siapakah yang tidak subur?

Punca masalah kesuburan biasanya dikaitkan dengan kaum wanita.  Tetapi tahukah anda menurut kajian, masalah kesuburan juga melibatkan kaum lelaki. Lelaki menyumbang 30 peratus kepada masalah ini iaitu sama dengan wanita. 25 peratus adalah kombinasi lelaki dan wanita. 10 peratus adalah faktor yang tak dapat diketahui dan 5 peratus adalah faktor-faktor lain.  Punca masalah kesuburan lelaki.

Sekarang kita sudah mengetahui hakikat sebenarnya. Pihak lelaki juga berpotensi menjadi punca masalah kesuburan. Walaupun begitu, usaha perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk bersama-sama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dalam konteks ini, kita akan membincangkan berkaitan punca permasalahan ini dikalangan lelaki. Lazimnya, lelaki yang mengalami tidak subur ini dikesan berpunca kerana 3 faktor utama iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Punca Penyebab Masalah Kesuburan

  • Pra-testikular iaitu hormon terganggu mengakibatkan testis tidak teransang dan bermasalah menghasilkan sperma.
  • Testikular iaitu sperma yang sihat tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.
  • Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
  • Sperma lelaki ini berpotensi untuk dipengaruhi oleh unsur alam seperti tubuh terdedah kepada cuaca panas yang berlebihan mahu pun bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang tinggi. Justeru, bagi memastikan tahap kesuburan adalah normal, lelaki di luar sana dinasihatkan untuk beraktiviti seperti menunggang basikal atau duduk di atas kerusi dalam tempoh masa yang lama. Memakai seluar dalam yang sendat dan ketat atau pun meletakkan laptop di atas peha anda iaitu kawasan yang berdekatan dengan organ pembiakan lelaki. Penting juga untuk memberhentikan tabiat merokok dan menghindarkan diri dari duduk dalam sauna, mandi air panas dan sebagainya.
  • Bahan toksik seperti racun seranggan dan pengambilan minuman keras juga perlu dielakkan. Apatah lagi aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah seperti marijuana, ganja mahu pun tembakau! Semua ini akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma lelaki. Malah dadah seperti marijuana berpotensi menyebabkan pergerakan sperma perlahan dan sperma hilang bentuk! Terjejasnya kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan tubuh merendahkan lagi kebarangkalian untuk memperoleh cahayamata.
  • Tahap estrogen dan testosteron dalam tubuh seorang lelaki itu juga perlu normal. Untuk itu adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang unggul mengikut BMI yang ditetapkan. Pengurusan stress yang baik juga perlu dengan melakukan aktiviti senaman kerana stress boleh menyebabkan masalah tidak subur kerana hormon yang tidak stabil.



Tingkatkan Kesuburan Dan Paras Testosteron Anda!

Bagaimana anda ingin mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki ini?

  • Caranya adalah dengan meningkatkan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh seorang lelaki iaitu Zink dan Vitamin E.
  • Tubuh manusia tidak dapat menyimpan zink secara semula jadi. Justeru adalah mustahak untuk memastikan anda mendapat cukup zink dalam diet harian anda. Dos yang disarankan sehari bagi lelaki ialah 11 miligram dan bagi wanita ialah 8 miligram. Zink boleh didapati dalam banyak makanan yang popular, termasuk daging dan ayam, serta tiram, kacang, kacang, ketam, udang, biji-bijian, bijirin sarapan diperkuat dan produk tenusu.

ZINC COMPLEX 

  • Atau pun anda disarankan untuk mengambil suplemen Zink Complex Shaklee. Sebiji Zink Complex Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). Jadi anda tidak perlu risau lagi dengan pengambilan zink harian anda kerana sebiji zink sudah dapat memenuhi keperluan seharian yang diperlukan tubuh.
  • Zink sangat mempengaruhi seorang lelaki dari aspek kesuburan, nafsu seks dan jangka hayat kesihatan seksual. Zink juga penting untuk pengeluaran sperma dan mengelakkan dari masalah jumlah air mani menurun dan tahap testosteron yang rendah. Jadi jika anda sedang bersiap sedia untuk memulakan sebuah keluarga, zink tambahan boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.

VITAMIN E

  • Vitamin E adalah vitamin kesuburan untuk lelaki. Vitamin E atau juga dikenali dengan nama Vitamin Cinta diperlukan oleh lelaki maskulin untuk meningkatkan kesuburan.  Satu kajian telah dilakukan pada tahun 1922 menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet TANPA Vitamin E menjadi tidak subur dan tidak dapat membiak. Namun, sebaik sahaja mereka telah diberikan minyak gandum (kaya dengan vitamin E) sebagai sebahagian daripada diet mereka, masalah kesuburan tikus tersebut dapat dipulihkan.
  • Hari ini, kajian menunjukkan vitamin E adalah penting dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, termasuklah organ-organ pembiakan, telur dan sperma.


Teruskan berusaha tanpa mengalah! Anda adalah pemenang! Anak adalah penyeri rumahtangga dan pengerat kasih sayang suami isteri. Justeru, jangan mudah menyerah kalah sebelum anda mencuba dan terus mencuba. Usahalah selagi terdaya demi zuriat yang akan menjadi legasi kepada keturunan anda.


Hubungi saya sekarang untuk konsultasi premium dan tawaran menarik.


Friday 24 October 2014

PERBEZAAN UBAT / VITAMIN LAIN DENGAN SHAKLEE

Apa beza ubat/ vitamin lain dgn Shaklee?

Ubat & vitamin yg dkat hospital/ klinik/ farmasi tu kita tahu ke drp SUMBER APA?

Ada tulis dgn terperinci bahan2nya?

Mcm Shaklee, kita tahu drp sumber apa.

Seperti :

# ESP drp soya organik non GMO

# Mealshakes drp buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (susu)

# Sustained Release Vita C drp ekstrak jagung

# Vita E Complex drp minyak soya organik & minyak biji gandum yg kaya dgn vit E. Juga ekstrak biji anggur & selenium.

# AJHT drp ekstrak boswellia & ekstrak jagung

# GLA Complex drp minyak borage

# Omega Guard drp ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun (bukan drp hati minyak ikan)

# Alfalfa Complex drp daun alfalfa (medicago sativa)

# Herblax drp 9 jenis herba

# Garlic drp bawang putih premium yg ditanam secara organik & bebas drp racun perosak

# DTX Complex drp ekstrak biji benih pokok susu tisel, articok, dandelion, kunyit, ling zhi (mushroom), schizandra

# Peppermint Ginger Plus drp daun pudina, halia, pokok adas (fennal), cekur manis (anise)

# Carotomax drp 6 jenis karotena (diekstrak drp rangkaian sayur & buah yg bersifat anti-oksidan spt rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, epal, kentang, minyak sawit)

# Nutriferon drp biji labu, biji plantago, bunga japanese honeysuckle, bunga safflower

# Vivix drp anggur muscadine, purple carrot, elderberry, polygonum cuspidatum

# Collagen powder drp sisik ikan merah, ekstrak biji camellia japonica, ekstrak pfaffia, ekstrak kekerang, lactobacillus acidophilus


So, tak perlu ragu2.


Suplemen Shaklee adalah semulajadi & diproses se-semulajadi mungkin dan yang penting HALAL.



Thursday 23 October 2014

GLA COMPLEX Shaklee VS Viral Facebook

GLA COMPLEX Shaklee

Apa itu GLA COMPLEX?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

FAEDAH

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?

GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

Manfaat lain GLA


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.



Beberapa bulan lepas SHAKLEE di kejutkan dengan cerita seorang cikgu yang mengatakan beliau mendapat CYST berpunca dari GLA Complex. Ini menjadi satu viral dalam facebook dan mendapat banyak complaint dari banyak pihak...Shaklee telah membuat siasatan yg terperinci dengan menghubungi beliau untuk mendapat cerita yang sewajarnya...ikuti perkembangan di bawah :

PERKEMBANGAN KES CIKGU MARY

Lepas tersebarnya kisah Cikgu Mary, pihak Shaklee telah menghubungi beliau sendiri tapi tidak mendapat respon yg sewajarnya.

Sehubungan dgn itu, pihak Shaklee telah menghubungi sendiri doktor yg memeriksa cikgu Mary dan doktor berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya hanya buat report berkenaan cyst cikgu Mary & TAKDE PUN MENGATAKAN BERPUNCA DRP PRODUK SHAKLEE.

Menurut sumber, cyst beliau skg 24cm.

24cm tu besar!!! Ingat blh besar dlm sekelip mata ke?

Secara logiknya mmg tak berlaku dlm masa 1-2 bulan.

Menurut Dr.Jamie (drp Shaklee Corporation), cyst sebesar tu amik masa 10 tahun.

Kesimpulannya, cyst Cikgu Mary bukan disebabkan oleh produk Shaklee yg diambilnya. Produk Shaklee (GLA Complex) bertindakbalas ke atas hormon dlm badannya (membetulkan apa yg tak betul), sbb tu dpt kesan apa yg "tak sepatutnya"...

Sy harap pihak Shaklee akan teruskan dgn tindakan undang2 ke atas Cikgu Mary di atas tuduhan & fitnah yg telah dilakukannya.

Dan utk Cikgu mary, beliau sepatutnya bersyukur, dgn asbab Shaklee dpt mengesan cystnya... sama jgk mcm kes sebelum ni... lps makan GLA Complex baru tau rupanya dia ada cyst.

Yg lebih baik, dapatkan pemeriksaan doktor dahulu, terutama masalah2 melibatkan kesuburan & ikhtiar utk mendapat zuriat.

*****
Moral of the story
Jangan main tuduh2... Shaklee company yg berintegriti tinggi... kita ada saintis, semua produk melepasi ujian demi ujian, kajian demi kajian & kita juga ada publication... Shaklee bertanggungjawab atas semua produknya. Jika berlaku sesuatu yg tidak diingini, boleh buat report terus pd Shaklee.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, COD, DAN ORDER, BOLEH HUBUNGI :


Wednesday 22 October 2014

ASMA dan EKZEMA dikalangan KANAK-KANAK


ASMA dan EKZEMA dikalangan KANAK-KANAK

Ekzema atau Dermatitis Atopik ialah penyakit kulit yang sering menyebabkan kegatalan tidak terkawal, radang tompok merah pada kulit kering dan boleh menyebabkan kerengsaan dan kesakitan terutama kepada kanak-kanak. Walaupun tidak dapat dipulihkan (sama seperti penyakit asma), ia boleh dirawat dan diuruskan dengan penjagaan dan pendekatan yang betul.

Sekurang-kurangnya 20-30% kanak-kanak yang menghidap asma akan mengalami ekzema. Disebabkan kekerapan yang tinggi bagi ekzema, setiap kanak-kanak yang menghidap asma akan diperiksa oleh doktor untuk mencari sebarang tanda-tanda dan gejala ekzema. Wlau bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu untuk menjalani ujian alahan.

MENGAPA EKZEMA BERLAKU

Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan ketiadaan sejenis protein dalam sel-sel kulit yang menyebabkan kulit kehilangan keupayaannya untuk mengekalkan air, sekaligus menjadikan ia kering. Kulit yang kering menyebabkan ia mudah menjadi keradangan, rasa kegatalan inilah penyebab kanak-kanak mula menggaru, seterusnya menyebabkan luka.

Bakteria akan terkumpul dan mula membiak dalam kawasan luka tersebut, dan apabila keadaan ini terjadi, kulit akan merasa lebih merengsakan dan kegatalan bertambah. Ini hanya akan memburukkan lagi masalah dan caranya ialah dengan melembabkan kulit. Dengan berbuat demikian, kulit akan merasa selesa dan berhenti untuk menggaru kulit mereka yang luka.


BERURUSAN DENGAN EKZEMA

Terdapat beberapa langkah mudah yang PERLU dan JANGAN dilakukan bagi mengatasi masalah ekzema dan ia termasuklah :

PERLU

Pakai pakaian yang longgar seperti kain kapas yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit.
Gunakan produk mandian yang telah diuji secara dermatologi.
Selepas mandi, keringkan secara lembut dengan tuala- jangan gosok.
Lembabkan kulit anak anda sejurus selepas mandi untuk membantu mengekalkan kelembapan tersebut.
Pantau anak anda bagi mengesan sebarang reaksi alahan dan berjaga-jaga dengan sumber yang boleh menyebabkan reaksi tersebut.
Pastikan kulit anak anda sentiasa berada dalam keadaan lembap sepanjang hari.

JANGAN

Jangan guna bedak talkum kerana aia akan menyebabkan kulit anak anda kering dan akan menyebabkan asma jika terhidu banyak bedak.
Jangan guna krim mandian berbau wangi / produk kulit / sabun yang biasa.
Elakkan menggaru sebanyak mungkin. Jika terasa gatal, sapu pelembab atau usap dengan lembut di tempat gatal.
Elakkan panas atau berpeluh kerana akan memburukkan lagi keadaan kulit anak anda.
Elakkan menggunakan penghawa dingin yang berterusan kerana udara yang kering boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN

Bagi kes-kes ekzema ringan, ia boleh di rawat oleh pakar pediatrik sahaja. Ia selalunya melibatkan penggunaan beberapa bentuk sabun/pencuci badan yang tiak berbau, bebas wangian yang mengandungi agen pelembab. Selepas mandi sapukan pelembab seperti akueus krim untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Walau bagaimanapun, sekiranya anak anda menghadapi ekzema yang teruk, perlulah berjumpa dengan pakar dermatologi dengan segera.

SUMBER : pengasuhan positif 06/12

CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK ANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH EKZEMA DAN ASMA




UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN ORDER BOLEH HUBUNGI :

Tuesday 21 October 2014

TAHUKAH ANDA RAHSIA DI SEBALIK ESP?

Tahukah anda...

ESP ni bersamaan

  • 2 kali ganda daging...
  • 4 kali ganda telur
  • 12 kali ganda susu

Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada uric acid





Siapa2 nak awet muda...ha silakan amik ESP...selain itu...
Ia juga baik

  •  baik utk hormon
  •  Baik utk prostat
  •  Dapat kulit yang cantik
  •  Pembekal tenaga
  •  Membaiki pigmentasi
  •  Membaiki memori

                                                                                       ESP


UNTUK PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :




Monday 20 October 2014

Performance Drink Shaklee mampu memberikan tenaga sepanjang hari


Performance Drink Shaklee mampu memberikan tenaga sepanjang hari

Performance Drink mampu meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Performance adalah Minuman yang mengurangkan kehilangan cecair dari badan dan memantapkan hidrasi badan.


Siapa yang perlukan PD ni??

- mereka yang berpuasa
- menyusukan anak
- aktif bersukan
- mereka yang kurang minum air
- ibu hamil yg sering muntah2
- pesakit gout

Performance drink boleh dicampur dengan ESP atau jus buah2an yg lain,sunquick dll. Sebagai minuman utuk bersahur. Kekal bertenaga sampai petang.

UNTUK SEBARANG ORDER DAN PERTANYAAN :


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=da688d46dbe8aed91344330b0d863db5

Sunday 19 October 2014

Saturday 18 October 2014

SET BERPANTANG PILIHAN IBU-IBU MODEN

Bismillahirrahmanirrahim....

Zaman moden sekarang kebanyakan semua ibu bekerja dan berpantang secara moden..Ramai yg sudah tak ikut cara nenek moyang dahulu yg leceh serta rumit.


SET BERPANTANG PILIHAN IBU2 MODEN

Vitalea

  • Mengandungi vitamin yang lengkap utk anda selama berpantang dapat menggalakkan penghasilan darah kerana ibu bersalin byk kehilangan darah.Muka ibu tidak nampak pucat ini kerana vitalea membantu penghasilan darah.


B-Complex

  • Membantu mengawal stress dan tekanan maklum lah nk jaga diri lagi,baby,anak sedia ada kadang2 kerja rumah walau masih pantang terpaksa buat semua sendiri. Nak menyusukan baby kita tak boleh stress dan mengelakkan ibu dari meroyan.


Vitamin C

  • Mengukuhkan sistem imun badan supaya menjadi sihat dan tidak mudah terkena jangkitan atau jatuh sakit.
  • Menggalakkan pertumbuhan kolagen
  • Mempercepatkan proses pemulihan


Zinc

  • Mempercepatkan pemulihan luka dan penyembuhan luka ,maklum lah ibu bersalin normal ada luka berperanan apatah lagi bersalin secara pembendahan.
  • Menguatkan akar rambut ini sangat penting kerana selalunya ibu yang baru bersalin dan menyusu selalu mengalami keguguran rambut.
ESP
  • Memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu-ibu mendapat kembali bentuk badan yg langsing.
  • Menghaluskan kulit bayi dan ibu.
  • Memberikan susu Ibu yg berkhasiat.

Ostematrix
  • Membekalkan kalsium yg mencukupi kpd Ibu
  • Mengatasi masalah sembelit utk Ibu

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN ORDER BOLEH HUBUNGI:


#SAYAPENGEDARSUNWAY

Friday 17 October 2014

CAESAREAN??? EMERGENCY LSCS??

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum..

Hari ni saya akan buat entry Sharing about Caesarean Section....Terdapat 2 cara pembedahan iaitu pembedahan secara pilihan atau kecemasan...Selalunya ramai ibu-ibu yg tidak menggemari pembedahan kerana kesukaran utk berpantang, tapi ada juga ibu-ibu moden yg suka lakukan pembedahan oleh sebab-sebab tertentu..


Risiko kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean

  • Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa.
  • Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan. Isteri anda mungkin. mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin.Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa.
  • Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.
  • Pada hari kedua selepas pembedahan,sedikit sampel darah isteri anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya.
  • Isteri anda juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.
  • Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).
  • Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.


Penyebab isteri terpaksa menjalani pembedahan.



  • Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.
  • Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.
  • Secara prinsipnya, setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini, namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan bilangan kehamilan itu.
  • Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterinerupture.
  • Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.
  • Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.

Semua pilihan di tangan anda, tapi hanya Tuhan yg menetukan sebab tidak semua apa yang kita inginkan kita akan dapat..

UNTUK PERTANYAAN DAN ORDER :


Thursday 16 October 2014

Sustained Release Vitamin C semulajadi Shaklee

ASSALAMUALAIKUM...

Entry saya hari ni berkisar tentang Vitamin C yg sekarang ni byk di gembar-gemburkan..

VITAMIN C SEMULAJADI:

“Supplement/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat diatasi. Pengambilan supplement Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu..”



TAHUKAH ANDA VITAMIN C MUDAH TERMUSNAH?
  • Vitamin C merupakan vitamin yang paling mudah rosak.
  • Vitamin C mudah teroksidasi dan proses tersebut dipercepat oleh panas, sinar, alkali, enzim, oksidator, serta oleh katalis tembaga dan besi.
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c
  • Stres, pil penahan sakit dan kontraseptif akan menyusutkan banyak vitamin c dari badan
  • Terdapat banyak pilihan vitamin c di pasaran. Jadi bagaimana anda mengetahui bahawa yg manakah yg TERBAIK? Apakah PANDUAN PEMILIHAN vitamin c yg TERBAIK?


Menurut Dr Bruce Miller, panduan untuk memilih Vitamin C adalah seperti berikut:

~ Pilihlah Vitamin C yang memberikan 500mg per tablet.
~ Ianya adalah dari sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa
~ Mengandungi “bioflavonoids” yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap 500mg Vitamin C perlulah mengandungi 120mg “bioflavonoids”.
~ Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tubuh badan.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

  • Mudah tertekan (stress)
  • Kulit sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah selesema atau bersin
  • Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  • Mudah mendapat ulcer
  • Mudah demam
  • Penyakit skurvi


Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari?

  • Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh disimpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
  • Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan harus meningkatkan pengambilan vitamin c seharian mereka.


Vitamin C Shaklee juga boleh di jadikan sebagai masker, selain makan setiap hari, setiap mlm juga boleh di buat masker utk kekalkan kejelitaan wajah..


UNTUK SEBARANG ORDER DAN PERTANYAAN ANDA BOLEH HUBUNGI :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...