Showing posts with label Bahaya Kekurangan ZAT BESI bagi WANITA. Show all posts
Showing posts with label Bahaya Kekurangan ZAT BESI bagi WANITA. Show all posts

Friday, 14 November 2014

Bolehkah Saya Ambil Supplement Shaklee Semasa Haid

Bolehkah Saya Ambil Supplement Shaklee Semasa Haid


Ramai juga yang bertanyakan bolehkah saya makan supplement shaklee sewaktu haid ni. Saya faham anda keliru dengan perbezaan antara jamu, produk-produk kecantikan/kesihatan lain dan juga supplement shaklee. Mungkin ada sesetengah produk selain supplement shaklee yang tidak boleh diambil sewaktu haid.

Berbeza dengan supplement shaklee, supplement shaklee sebenarnya adalah makanan tambahan. Bermakna tubuh masih memerlukan makanan sebenar dan semulajadi,  dan supplement shaklee hanya membantu menutup lubang-lubang ketidakcukupan vitamin dan mineral yang tidak dapat dipenuhi pengambilan makanan seharian.

Setiap hari tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk pertumbuhan yang normal, pengawalan dan pemulihan kesihatan dan pencegahan penyakit. Sesetengah jenis vitamin membantu menghasilkan hormon dan sel-sel darah yang baru.

Dan tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin dan mineral sendiri seperti asid amino, asid lemak, vitamin C, Vitamin B dan lain-lain. Jadi kita memerlukan sumber makanan harian dan juga supplement yang membantu mencukupkan keperluan zat dan nutrisi harian.

Kita tidak mendapat 100% zat dan nutrisi dari sumber makanan semuluajadi kerana peratusan jumlah vitamin dan mineral telah hilang semasa memetik, pemprosesan, memasak dan penyimpanan makanan.

Bagi orang yang sedang haid atau turun darah nifas ataupun selepas pembedahan, golongan ini amat memerlukan zat dan nutrisi untuk membina kembali sel-sel darah merah yang baru.

Kerana darah manusia 91% terdiri daripada air, dan lebihan 9% lagi adalah protein dan mineral-mineral, hormon, pelbagai jenis garam, antibodi, albumin dan bahan pembeku darah.

Contoh mudah kenapa selepas menderma darah kita diberi minum milo dan juga roti. Apa ada dalam dua jenis makanan ini? Ada karbohidrat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral, kalsium, protein, lemak. Semuanya untuk memberi tenaga kembali dan membina sel-sel darah yang baru.

Tuesday, 1 April 2014

Bahaya Kekurangan ZAT BESI bagi WANITA, IBU HAMIL & MENYUSU BAYI

Assalamualaikum...

Zaman telah berubah mengikut putaran masa...hari ini saya nak share tentang Ibu yg mengandung dan
Bahaya Kekurangan ZAT BESI bagi WANITA, IBU HAMIL & MENYUSU BAYI
  • RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
  • Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi 1:3 wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
  • Memandangkan 1:3 wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka. 
  • Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.
  • Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka. 
  • Wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

Info & Fakta tentang kepentingan Zat Besi
  • Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
  • Wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.
  • Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.
  • Kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.
  • Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
  • Ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak.

Anemia Ketika Hamil

- Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
- Anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.
- Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.
- Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.
- Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.
- Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, anda perlu tingkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 

Menurut Dr Premitha (credit to hmetro),
“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi Menurut Dr Premitha (credit to hmetro),
“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. 
“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya. Info suplimen : Vita-Lea Shaklee with iron formula disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. 

- Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.
- Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. Info suplimen : Vita-C 500mg sustained release Shaklee memberikan keperluan vitamin C yang secukupnya melalui pelepasan masa jam demi jam.
- Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. Info suplimen : Ostematrix Shaklee rumusan calsium caplet with magnesium & Vitamin D dlm bentuk caplet mudah telan.
Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.
Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.
“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak. Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah. Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami ANEMIA dan KEHAMILAN

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi. Golongan berisiko adalah:
  • Wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu
  • Pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali 
  • Ibu yang sedang menyusukan bayi.

Pengesanan



~Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.






Pencegahan dan rawatan 

~ Meningkatkan pengambilan makanan kaya ZAT BESI seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan PIL ZAT BESI TAMBAHAN untuk merawat anemia. Shaklee Natural Vitamins menyediakan formulasi ZAT BESI yg diekstrak dlm bentuk multivitamin tablet, melalui tahap kajian dan pemprosesan yg berkualiti iaitu VITA-LEA with IRON FORMULA.  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...